Saturday 7 March 2020

CO-STAR 2.8L CDTI




CO-STAR 2.8L CDTI













PENGELUAR kenderaan komersial, China Auto Manufactures (CAM) melancarkan model bas mini mewah baharu, Co-Star pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 di MITEC, Kuala Lumpur. Kenderaan yang mampu memuatkan 20 penumpang ini ditawarkan pada harga bermula RM172,800 (atas jalan termasuk insurans).

Berikut beberapa fakta menarik tentang CAM Co-Star:

1. Model ini boleh diubah suai mengikut cita rasa dan keperluan pengguna, sama ada dikustomkan menjadi ofis bergerak, karavan, bas sekolah atau kegunaan lain.
2. Menawarkan ruang dalaman luas dan selesa dengan tinggi siling 1.8 meter dan lebar 1.9 meter. Jadi, penumpang tidak perlu membongkok untuk mengakses tempat duduk belakang. Malah, bas mini mewah ini mampu memuatkan 20 penumpang pada satu-satu masa.
3. Dilengkapkan dengan ciri istimewa seperti pintu gelungsur automatik pintar sebelah kiri.
4. Dikuasakan enjin 2.8L berkuasa 107hp dan tork 260Nm dengan padanan transmisi manual 5-kelajuan Getrag JC528, serta mampu mencapai kelajuan maksimum hingga 100kmj.
5. Pembeli turut ditawarkan insentif menarik, iaitu pakej waranti percuma 3 tahun atau had perbatuan 100,000km (mana satu tiba dahulu), termasuk khidmat panggilan hotline 24 jam setiap dan servis tunda percuma (sepanjang tempoh waranti).
6. Pelanggan terawal yang menempah Co-Star akan diberikan sistem kamera 360ยบ bernilai RM3,500, tertakluk tempoh tawaran.
7. Tempahan kini dibuka dan sudah sedia ada di pasaran sejak 11 November lalu.













No comments:

Post a Comment